Wednesday, January 15, 2003

Jabatan Perdana Menteri telah ditubuhkan pada 1hb Januari 1984
sejurus selepas Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan dan
kedaulatan penuh dan sebaik-baik sahaja Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam mengumumkan bahawa Negara Brunei Darussalam akan
mempunyai sistem pemerintahan berkementerian serta jawatan Perdana
Menteri. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sendiri telah memegang jawatan
Perdana Menteri sejak tahun 1984.

Dalam tahun 1986, jawatan Penasihat Khas kepada Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam di Jabatan Perdana Menteri telah
diwujudkan. Pehin Dato Haji Isa telah dilantik sebagai Penasihat Khas
dan beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Jawatan Penasihat Khas bertaraf menteri dan kedudukannya menyamai
kedudukan penuh Menteri Kabinet.

Pejabat-pejabat Jabatan Perdana Menteri terletak di Istana Nurul Iman
dan Bangunan Sekretariat di Bandar Seri Begawan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home